Sunday, May 27, 2018
lagu rasmi SK permas
Kepada Tuhan Yang Maha Esa
Mohon Barakah Limpah Kurnia
Buat Kami Warga Delima
Permata Hati Permas Jaya 5
Visi, Misi Dan Realiti
Melahir Insan Berkualiti
Menempuh Onak Ranjau Berduri
Demi Anak Penerus Generasi
Ayuhlah Berjuang Rebutlah Peluang
Gapai Kejayaan Indah Dan Gemilang
Manis Delima Nama Dijulang
Permas Jaya 5 Terbilang
Tanamkan Azam Di Dalam Jiwa
Untuk Menjadi Insan Berjaya
Nusa Makmur Maju Bak Harapan
Pj5 Tetap Di Ingatan
Perdana Menteri Malaysia
Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1955-1970)
- Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.

Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1970-1976)
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.

Era Pemerintahan Tun Hussein Onn (1976-1981)
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Era Pemerintahan Tun Dr. Mahathir (1981-2003)
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Biodata) digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahimdan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Era Pemerintahan Tun Abdullah Badawi (2003-2009)
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Era Pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[1] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.

Era Pemerintahan Tun Dr. Mahathir (2018-kini)
Perdana Menteri Malaysia ketujuh menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.

Kontroversi
Ada kekhuatiran bagi kaum Orang Melayu Malaysia beragama Islam, baik daripada ahli-ahli parti politik UMNO sendiri mahupun ahli-ahli daripada PAS, melarang seorang bukan Bumiputera (misalnya daripada etnik Orang Cina Malaysia dan Orang India Malaysia serta etnik-etnik lain bukan daripada Bumiputera) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Kerajaan telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan tidak melarang seseorang daripada etnik bukan Bumiputera untuk menjadi Perdana Menteri.
Sunday, April 29, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)